MAKANAN TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA
MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Nasi lemak
merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura
terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang
dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya.
Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi
menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur
kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan
disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.
Lemang
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya
terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan
tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak
1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang
diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan
daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli
di Malaysia.
Otak-otak
adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan.
Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat
dua
jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak
Johor.”Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah
tetapi kini ianya
boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’.
Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air
tawar yang
sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli.
Otak-otak
yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas
dapur
arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan
Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan
sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol (
Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah
dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat
menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming,
bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang,
mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih
tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini
berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di
rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali
sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan
yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan
kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih
Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih
Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan
mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang
adalah makanan tradisional Tiongkok yang terbuat dari beras ketan dan dibungkus
dengan daun bambu. Zongzi biasa disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau
Festival Perahu Naga yang jatuh pada bulan ke lima Imlek untuk memperingati
wafatnya Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan Chu. Menurut legenda, Qu Yuan gagal
memperingati kaisar dan para pejabat istana untuk menghentikan perang saudara
yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan lalu membuat puisi yang berisikan
kesedihan dan kekhawatirannya terhadap peperangan di tanah air mereka. Setelah
puisi itu selesai, ia melompat ke sungai Miluo. Orang-orang mencuba
menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud
memberi makan para ikan agar mereka tidak memakan mayat Qu Yuan. Nah,
bungkusan-bungkusan nasi itulah yang kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau
Ba Tzang.
Kuih Bakul
Kuih Bakul atau Nian Gao ialah makanan cina
yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.. Sungguhpun boleh
dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika
sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa
perayaan ini kerana namanya “nian gao” di mana perkataan gāo berbunyi
sama dengan perkataan yang bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun
semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi
kemajuan”.Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama
yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu,
boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih
bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kontonis dari Guangdong.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Muruku
Muruku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang
resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah
mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah
kosnya. Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai/Urad dhal dan Tepung
beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang
pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun
yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung
yang telah uli atau pun cara pemutaran.
Roti Canai
Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran
kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama
dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang
diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk
penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama
dal, kari dan sambal.
Tosai
Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai
juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun
chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai
cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh
rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai
atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini
berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai
amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan.
Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging
kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang
telah di goreng sehingga ranggup.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar